Sunday 6 May 2012

Lisc 2012





LISC 2012 pada tahun ini disambut agak sederhana berbanding tahun2 sebelumnya.Walaupun demikian ianya tetap di sambut meriah kerana ia adalah acara yang telah termasuk dalam kalendar tahunan di W.P Labuan yang disambut pada bulan April.Seperti juga tahun-tahun sebelumnya,banyak acara yg telah pun di atur bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini..Diantaranya adalah Pertandingan Memancing Laut Dalam,Labuan Round Island Kayak,Pertandingan Memancing Pesisir Pantai,Tarik Tali dan banyak lagi.Lisc2012 seperti juga pada tahun2 sebelumnya LISC2012,tidak hanya dikunjungi oleh penduduk tempatan malah dari Sabah,Sarawak,Semenanjung Malaysia dan tidak ketinggalan juga pelancong dari luar negara datang untuk memeriahkan lagi LISC2012
.

Tuesday 13 March 2012

Keunikan& Keindahan Borneo




Antara tempat yang unik dan menarik yang terdapat di kepulauan Borneo.Juga menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.Terokailah keindahan yang terdapat dinegara kita.

Monday 5 March 2012

Land Below The Wind


Kundasang..Salah satu tempat menarik di negeri Sabah.Panorama yang di ambil  waktu malam di tanah Kundasang.Suhu yang sejuk berbanding di tempat2 lain menjadikan Kundasang adalah tempat percutian yang menarik untuk di kunjungi.

Thursday 1 March 2012

Tarikan Pelancong.( OIB )

Salah sebuah egen pelancongan yang menawarkan berbagai pakej.Antara salah satu tempat kunjungan yang menarikdi Klias River.Pakej yang ditawarkan termasuklah perjalanan menyusuri sungai untuk melihat spesis monyet yang dikenali sebagai Proboscis Monkey.Menikmati keindahan Matahari Terbenam dan Melihat keindahan dan kecantikan gemerlipan si Kunang-kunang.

Proboscis Monkey.

Spesis monyet yang mempunyai hidung yang panjang.Telah ditemui di sepanjang sungai klias dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara sehingga kehari ini.Spesis ini juga adalah spesis monyet yang pemalu.Juga dikenali dengan nama Bangkatan dan Monyet Belanda.